Site Loader
Get a Quote
Rock Street, San Francisco

Pemegang saham boleh melabur unit saham mereka untuk jangka masa yang panjang bagi memperoleh dividen yang akan diberikan melalui unit saham yang dimiliki mereka daripada syarikat yang menjual saham tersebut. Pemegang saham juga boleh mendapat keuntungan sekiranya dalam tempoh pelaburan yang lama, harga unit saham tersebut meningkat naik berlipat kali ganda berbanding harga beli unit saham tersebut.

Pemegang saham juga boleh mendapat keuntungan yang lebih sekiranya pemegang saham menambah unit saham yang dimiliki bagi pelaburan jangka masa panjang. Secara tidak sedar, harga unit saham tersebut meningkat naik berbanding jumlah modal yang dikeluarkan oleh pemegang saham.

Sebagai contoh, pemegang saham sudah memiliki beberapa unit saham dan pemegang saham menambah lagi unit saham untuk memperoleh keuntungan yang lebih berbanding modal yang dikeluarkan. Tidak dinafikan juga pemegang saham haruslah bijak mengatur strategi bagi mengelakkan daripada mengalami kerugian melalui pelaburan saham yang mereka lakukan.

Selain itu, pemegang saham boleh mendapatkan lebih keuntungan sekiranya pemegang saham menyimpan unit saham untuk jangka masa yang panjang. Secara umumnya, harga unit saham pasti ada naik dan turunnya. Namun begitu, sekiranya unit saham disimpan untuk jangka masa yang lama, harga unit saham tersebut pasti meningkat naik daripada harga asal yang dibeli oleh pemegang dan jumlah dividen yang dikumpulkan melalui pelaburan saham juga akan bertambah.

BSKL membawa maksud Bursa Saham Kuala Lumpur. Ianya kini dikenali sebagai Bursa Malaysia setelah dinamakan semula pada tahun 2004. BSKL ini juga merupakan sebuah syarikat yang memegang urusniaga yang diluluskan di bawah Seksyen 15 Akta Perkhidmatan dan Pasaran Modal 2007. BSKL ini berfungsi dengan mengendalikan satu integrasi urusniaga sepenuhnya. Ianya menawarkan satu julat perkhidmatan yang melibatkan sistem penukaran mata wang termasuklah perkhidmatan perdagangan, perlangsaian, penjelasan dan simpanan.

BSKL ini juga menjadi satu medan pertukaran yang mutual. Ianya mengandungi satu papan utama, satu papan kedua dan juga papan MESDAQ. Jumlah pemodalan pasaran BSKL adalah sebanyak RM700 bilion yang bersamaan dengan US$189 bilion. Pada tahun 2005, BSKL telah disenaraikan sendiri di dalam pasaran sahamnya.

BSKL juga mempunyai anak syarikat milik penuhnya yang mengendalikan pelbagai perniagaan antaranya Bursa Malaysia Securities Bhd. yang menyedia, mengendali dan mengekalkan pertukaran sekuriti, Bursa Malaysia Derivatives Bhd. yang menyedia, mengendali dan mengekalkan urusniaga pertukaran hadapan berserta opsyen, Labuan International Finance Exchange Inc. yang berfungsi menyedia, mengendali dan mengekalkan urusniaga pertukaran kewangan persisiran serta banyak lagi anak syarikat milik penuh BSKL.

BSKL juga mempunyai waktu perniagaan iaitu Isnin sehingga Jumaat kecuali pada cuti umum. Ianya beroperasi untuk pra-pembukaan pada pukul 8.30 pagi sehingga 9.00 pagi dan pada pukul 2.00 petang sehingga 2.30 petang, dagangan berterusan beroperasi pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari dan pada pukul 2.30 petang sehingga 4.45 petang, rehat tengahari pada pukul 12.30 tengahari sehingga 2.30 petang, pra-penutupan pada pukul 4.45 petang sehingga 4.50 petang, dagangan terakhir pada pukul 4.50 petang dan ianya tutup pada pukul 5.00 petang
Sebagai kesimpulan, pelaburan saham memberikan banyak manfaat terhadap mereka yang mengambil peluang untuk melabur. Hal ini dapat ditunjukkan melalui keuntungan pasif yang dapat dijana melalui pelaburan saham. Selain itu, pelaburan saham juga mampu menaikan taraf ekonomi masyarakat Malaysia umumnya dan umat Islam khasnya. Taraf ekonomi umat Islam akan meningkat sekiranya masyarakat mengambil peluang untuk melabur melalui saham-saham syarikat yang dimiliki oleh orang Islam. Oleh sebab itu, kita sebagai masyarakat yang berfikiran jauh perlulah berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi bukan sahaja diri sendiri malah taraf ekonomi umat Islam di Malaysia dengan cara melabur dalam institusi saham atau syarikat yang diterajui oleh orang Islam

Post Author: admin