Site Loader
Get a Quote
Rock Street, San Francisco

Bagi melaksanakan dasar pandang ke Timur, Tun Dr Mahathir telah mengadakan hubungan baik dengan negara Jepun dengan membuat lawatan kerja ke Jepun pada 23 hingga 29 Januari 1983, dan 8 hingga 14 Ogos di Korea Selatan. Kerajaan Malaysia telah mewujudkan kerjasama yang baik dengan negara Jepun dan Korea, antaranya kerjasama dalam bidang ekonomi, perindustiran, latihan-latihan teknikal, akedemik, program kemajuan eksekutif, penyelidikan dan pengurusan dalam pentadbiran. Melalui itu, kerajaan telah merangka beberapa program bagi melaksanakan dasar itu seperti perubahan struktur, perubahan sikap serta latihan dan khusus.
Bagi langkah pertama iaitu perubahan struktur, kerajaan Malaysia telah menggariskan beberepa pembaharuan antaranya, penggunaan kad perakam waktu kerja (punch card). Penggunaan kad ini adalah untuk mengesan kakitangan awam ponteng atau tidak masuk kerja pada waktu yang ditetapkan. Selain itu, penggunaan tanda nama (name-tag), salah satu cara untuk kakitangan awam memperkenalkan diri serta memudahkan orang awam berurusan dengan mereka. Seterusnya, penubuhan pasukan meningkat mutu kerja (QCC) penubuhan pasukan ini adalah untuk sentiasa mengadakan mesyuarat bagi menukar fikiran, idea dan pendapat serta untuk kepentingan sesebuah organisasi. Konsep pejabat terbuka pula adalah untuk merapatkan jurang antara pegawai dan kakitangan bawahan serta orang awam. Disamping itu, perkhidmatan pembayaran bil setempat seperti UTC memudahkan rakyat membuat pelbagai bayaran di satu tempat. Perubahan terakhir dalam struktur ini adalah dengan memperkenalkan fail meja dan manual prosedur kerja untuk memberi panduan kerja yang perlu diambil tindakan atau proses-proses yang perlu dibuat dalam kerja yang dilakukan.
Langkah kedua adalah perubahan sikap. Program dirangka melalui Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, perkhidmatan ini dinilai oleh ketua jabatan dan akan diberi ganjaran melalui pengiktirafan sijil dan wang tunai bagi meningkatkan motivasi perkerja. Selain itu, konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA), konsep ini bertujuan untuk bagi meningkatkan sikap positif dikalangan penjawat awam dalam perkerjaan. Seterusnya, Kepimpinan melalui teladan yang memberi tujuan untuk kakitangan bawahan mencontohi pegawai-pegawai yang mempunyai disiplin yang tinggi dan gigih dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Langkah terakhir adalah melalui latihan dan khusus. Langkah ini menekankan kepada sumber manusia serta penggunaan teknologi. Antara program yang dibuat adalah latihan perindustrian dan teknikal yang memberi peluang kepada pelajar lepasan SPMV dan Politeknik melanjutkan pelajaran bahagian teknikal. Selain itu, pertukaran pelajar akademik yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar Malaysia menimba ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Korea Selatan. Bagi program kemajuan eksekutif, kakitangan awam ditawarkan latihan kepada peringkat eksekutif dalam kaedah pengurusan dan pentabiran, mereka akan ditempatkan di firma-firma Jepun dan Korea untuk mendalami pengurusan negara itu.mereka. Disamping itu, skim laihan pembangunan usahawan diadakan untu memberi peluang kepada usahawan bumiputra untuk meluaskan perniagaan ke negara timur ini, perniagaan ini dibuat berdasarkan “business contact” diantara rakan perniagan kedua-dua buah negara.
Oleh itu, jelas sekali Tun Dr Mahathir banyak mengambil idea daripada negara Timur untuk membuat perubahan dalam sistem pentadbiran di negara Malaysia. Perubahan yang dibuat sedikit sebanyak membantu Malaysia untuk lebih maju pada masa itu.

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Lillian

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out
x

Hi!
I'm Camille!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out